LAPORAN
AKTIVITI PROGRAM JALINAN UKHWAH RAMADHAN
AD-DARUNNAFIS
Tarikh : 13 Julai 2013/ 4 Ramadhan 1434H
Anjuran : Gerakan Ukhwah Ad-Darunnafis
Tempat: Madrasah Tarbiyyah Ad-Darunnafis
Masa: 2.30 ptg- 5.30 ptg
Nama program: Program Jalinan Ukhwah Ramadhan Ad-Darunnafis
MATLAMAT PROGRAM:
Merujuk perkara di atas, Gerakan
Uhkwah Ad-Darunnafis telah menjalankan sebuah program ziarah sempena Bulan
Ramadhan yang mulia ini, bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang
memerlukan di samping menjalankan kerja-kerja dakwah untuk di sampaikan ke
seluruh umat Islam.
Perisian program:
Program ziarah ini disertai oleh
beberapa orang ahli Gerakan Ukhwah Ad-Darunnafis , dan beberapa orang pelajar
dari Madrasah Tarbiyyah Ad-Darunnafis,
antaranya ialah:
1.
Pn. Nurhayati
Binti Ibrahim
2.
Pn Norhaizah
Binti Suratkon
3.
Pn Ummi
Aiman
4.
Pn Zuraida
5.
Adik
Muhammad Nor Mustafa bin Yahya
6.
Adik
Muhammad Amir Luqman Bin Hamdan
7.
Adik
Muhammad Amirul Azmi Bin Hamdan
8.
Adik Fatin
Humairah Binti Yahya
Di dalam
program ini juga, sedikit sumbangan berupa bahan-bahan keperluan telah
disumbangkan kepada golongan yang memerlukan. Dana diperolehi melalui sumbangan
daripada ahli-ahli Gerakan Ukhwah ad-Darunnafis sendiri. Antara barang
sumbangan yang diberikan ialah, beras, tepung, gula, garam, dan beberapa lagi
barang-barang keperluan dapur.
Mereka yang
dipilih untuk menerima sumbangan adalah berdasarkan daripada asnaf-asnaf zakat yang telah digariskan dalam
Agama Islam. Antara asnaf-asnaf zakat
tersebut ialah:
1. Fakir
(al-Fuqara’)- orang yang tiada harta
pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya.
2. Miskin-
(al-Masakin)-
mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan
tetapi tidak mencukupi sepenuhnya.
3. Muallaf- seseorang yang baru memeluk Agama ISLAM.
4. Fi
Sabilillah – Orang yang berjuang, berusaha
dan melakuikan aktiviti untuk menegakkan Agama Allah.
5. Riqab- orang yang terbelenggu dan tiada kebebasan
diri.
6. Ghamirin – penghutang Muslim yang tidak mempunyai
sumber untuk menjelaskan hutang yang
diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang
wajib ke atasnya.
7. ‘Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan
mengagih zakat.
8. Ibnu Sabil – Musafir yang kehabisan bekalan dalam
perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan
pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau Orang Islam yang tiada
perbekalan di jalanan.
Berdasarkan
garis panduan ini, Gerakan Ukhwah Ad-Darunnafis telah mencari tiga orang asnaf zakat yang layak untuk menerima sumbangan tersebut. Di bawah, senarai
butir-butir keterangan berkenaan penerima sumbangan tersebut:
1)
Nama: Suzana
Binti Maidi
a.
Bangsa: kadazan
b.
Alamat:
Kg pt Lapis Ismail
c.
Pekerjaan:
tiada (Suri Rumah Tangga)
d.
Pendapatan kasar (sebulan): bergantung pada nafkah daripada suami
e.
Bilangan tanggungan: tiga orang anak
f.
Bilangan anak/umur: tiga orang ( lima tahun, empat tahun dan 3
tahun)
g.
Keperluan yang diperlukan: pendidikan agama untuk diri sendiri dan
anak-anak
h.
Asnaf zakat: Muallaf
i.
Ulasan: sebelum
ini beragama Kristian Katolik dan berbangsa kadazan.. Sehingga kini belum ada
mana- mana pihak yang datang
menghulurkan bantuan/ samada daripada segi kewangan ataupun sumbangan tenaga
untuk mengajar ilmu agama kepada beliau. Sudah enam tahun memeluk Agama Islam
kerana perkahwinan, tetapi, sehingga kini tidak pandai solat dan tidak faham
segala rukun dalam Islam.
2) Nama: Seri Noorah Binti Abdullah
a.
Bangsa: Orang Asal
b.
Alamat:
Pt. Hj Noor
c.
Pekerjaan:
tiada (suri rumah tangga)
d.
Pendapatan kasar (sebulan): pendapatan
suami RM1000
e. Bilangan
tanggungan: Tiga orang anak
f.
Bilangan anak: tiga orang ( lapan tahun, enam tahun, dan
tiga tahun)
g. Keperluan
yang diperlukan: pendidikan agama untuk anak-anak dan diri
sendiri
h.
Asnaf zakat: muallaf dan Fi sabilillah
i.
Ulasan:
memerlukan bantuan perbelanjaan
harian untuk pendidikan anak-anak, dan memerlukan bimbingan untuk mendalami
Agama Islam.
3)
Nama : Radza
Binti Yusuf
a.
Bangsa: Melayu
b.
Alamat: Pt
Besar, Batu Pahat
c.
Pekerjaan: Tiada
d.
Pendapatan kasar (sebulan): bantuan
socso RM 900
e.
Bilangan tanggungan: Dua orang. Ibu, dan anak saudara
f.
Bilangan anak: tiada
g.
Keperluan yang diperlukan: memerlukan bantuan kewangan untuk kos rawatan
kesihatan diri sendiri dan ibu yang sudah tua.
h.
Asnaf zakat: miskin
i.
Ulasan: merupakan
OKU (Orang kelaianan upaya). Hilang penglihatan hampir 11 tahun disebabkan
masalah kencing manis. Dalam masa yang sama, harus membela, menjaga serta
menanggung ibunya yang sudah tua dan terlalu uzur, di samping menanggung
seorang anak saudaranya yang masih bersekolah.
Program ini
akan diteruskan pada minggu hadapan iaitu pada tarikh 20 Julai 2013 bersamaan
hari sabtu. Di harap agar dengan adanya program ini, dapat memberi tarbiyyah
yang baik untuk diri sendiri dan setiap ahli Gerakan Ukhwah Ad-Darunnafis untuk
lebih dekat dengan Allah SWT, dan
menginsafi diri di sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, insyaALLAH.
Gambar-gambar
sepanjang program: