Friday, 12 July 2013

Risalah Ramadhan

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, syukurku panjatkan ke padaMu, atas kurniaMu dan kudrat yang engkau kurniakan kepada kami untuk menyebar risalahMu.

Hari ini merupakan hari ketiga Madrasah Tarbiyyah Addarunnafis menjalankan edaran risalah sempena Ramadhan Al-Mubarak bersama tentera-tentera Allah yang merupakan pelajar-pelajar kecil Addarunnafis, InsyaAllah. 

Semoga Allah melimpahkan taufik dan hidayah kepada kami serta orang-orang yang menerima risalah itu. Semoga setiap langkah yang kami lakar akan di kira oleh Allah S.W.T sebagai amalan yang baik dan mulia di sisiNya. 

Sahabat-sahabat yang mulia, lagi kami sanjungi, kami mengharapkan doa dari kalian.
Doakan kami agar istiqamah dalam menyampaikan risalah Muhammad Rasulullah S.A.W. Doakan kami agar cekal dan tabah dalam berdepan dengan segala mehnah dan ujian sepanjang perjalanan kami dalam jihad ini, InsyaAllah. 

Doakan kami agar kami dapat mewarisi segala kecekalan,keberanian,ketabahan, dan kebijaksanaan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W sebagai pendokong kepada jihad 
Fi sabilillah ini.


ALLAHUAKHBAR!!

No comments:

Post a Comment