Alhamdulillah, selesai sudah membungkus barang-barang untuk program ziarah Gerakan Ukhwah Addarunnafis.
Semoga dengan sedikit sumbangan yang tidak seberapa ini mampu mengurangkan bebanan, dan mampu menceriakan seketika hati-hati mereka (golongan yang memerlukan) ini, InsyaAllah.
Apalah sangat, apa yang kita sumbangkan ini berbanding sahabat-sahabat Rasulullah...
Betullah perumpamaan Rasulullah berkenaan umat Islam akhir zaman, yang jumlahnya banyak tetapi, ibarat buih di lautan..
Nauzubillahiminzaaliik...
Moga dijauhkan kita dari golongan umat yang sebegitu..
Oleh itu, buat sahabat-sahabat sekalian,
Bagi sesiapa yang ada 'lebihan harta',
Bagi sesiapa yang cukup makan pakai,
Bagi sesiapa yang banyak credit card,
Bagi sesiapa yang banyak masa terluang,
dan
Bagi sesiapa yang masih yang sihat walafiat.
Apa kata, kita ambil peluang ini, untuk sama-sama kita ceburkan diri dalam bidang 'ukhrawi' untuk meneruskan delegasi kepimpinan baginda melalui aktiviti-aktiviti dakwah, dan sumbangan-sumbangan amal untuk sama-sama meneruskan perjuangan baginda, menegakkan Islam, dengan cara, amal ma'aruf nahi mungkar'..
Amal ma'ruf banyak cabangnya..
Dan
Nahi mungkar juga tidak terkecuali banyak cabangnya.
Pokok pangkalnya, islah kita ada niat dan 'berkehendak ' untuk melakukannya, pasti!
Dan pasti!
Allah akan bentangkan jalan...
Bak kata pepatah, 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'.
InsyaAllahuwataa'la...
Takbir!!!ALLAHUAKHBAR!!! ALLAHUAKHBAR!! ALLAHUAKHBAR!!!
Doakan kami dalam doamu.
Beberapa barang-barang keperluan yang bakal diagihkan esok hari kepada fakir miskin, muallaf dan golongan-golongan yang memerlukan insyaAllah...
Semoga Allah memberkati perjalanan kami,insyaAllah...


No comments:
Post a Comment