Sunday, 14 July 2013

PROGRAM JALINAN UKHWAH RAMADHAN AD-DARUNNAFIS

LAPORAN AKTIVITI  PROGRAM JALINAN UKHWAH RAMADHAN AD-DARUNNAFIS


Tarikh : 13 Julai 2013/ 4 Ramadhan 1434H
Anjuran : Gerakan Ukhwah Ad-Darunnafis
Tempat: Madrasah Tarbiyyah Ad-Darunnafis
Masa: 2.30 ptg- 5.30 ptg
Nama program: Program Jalinan Ukhwah  Ramadhan Ad-Darunnafis


MATLAMAT PROGRAM:
Merujuk perkara di atas, Gerakan Uhkwah Ad-Darunnafis telah menjalankan sebuah program ziarah sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan di samping menjalankan kerja-kerja dakwah untuk di sampaikan ke seluruh umat Islam.

Perisian program:
Program ziarah ini disertai oleh beberapa orang ahli Gerakan Ukhwah Ad-Darunnafis , dan beberapa orang pelajar dari Madrasah Tarbiyyah Ad-Darunnafis, antaranya ialah:

1.       Pn. Nurhayati Binti Ibrahim
2.       Pn Norhaizah Binti Suratkon
3.       Pn Ummi Aiman
4.       Pn Zuraida
5.       Adik Muhammad Nor Mustafa bin Yahya
6.       Adik Muhammad Amir Luqman Bin Hamdan
7.       Adik Muhammad Amirul Azmi Bin Hamdan
8.       Adik Fatin Humairah Binti Yahya

Di dalam program ini juga, sedikit sumbangan berupa bahan-bahan keperluan telah disumbangkan kepada golongan yang memerlukan. Dana diperolehi melalui sumbangan daripada ahli-ahli Gerakan Ukhwah ad-Darunnafis sendiri. Antara barang sumbangan yang diberikan ialah, beras, tepung, gula, garam, dan beberapa lagi barang-barang  keperluan dapur.

Mereka yang dipilih untuk menerima sumbangan adalah berdasarkan daripada  asnaf-asnaf zakat yang telah digariskan dalam Agama Islam. Antara asnaf-asnaf  zakat tersebut ialah:

1.       Fakir (al-Fuqara’)- orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya.
2.       Miskin- (al-Masakin)-  mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya.
3.       Muallaf- seseorang yang baru memeluk Agama ISLAM.
4.       Fi Sabilillah – Orang yang berjuang, berusaha dan melakuikan aktiviti untuk menegakkan Agama Allah.
5.       Riqab- orang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
6.       Ghamirin – penghutang Muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang  yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
7.       ‘Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih zakat.

8.       Ibnu Sabil – Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau Orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.


Berdasarkan garis panduan ini, Gerakan Ukhwah Ad-Darunnafis telah mencari tiga orang  asnaf zakat yang layak untuk menerima  sumbangan tersebut. Di bawah, senarai butir-butir keterangan berkenaan penerima sumbangan tersebut:

1)     Nama: Suzana Binti Maidi
a.      Bangsa: kadazan
b.      Alamat: Kg pt Lapis Ismail
c.       Pekerjaan: tiada (Suri Rumah Tangga)
d.      Pendapatan kasar (sebulan): bergantung pada nafkah daripada suami
e.      Bilangan tanggungan: tiga orang anak
f.        Bilangan anak/umur: tiga orang ( lima tahun, empat tahun dan 3 tahun)
g.      Keperluan yang diperlukan: pendidikan agama untuk diri sendiri dan anak-anak
h.      Asnaf zakat: Muallaf
i.        Ulasan: sebelum ini beragama Kristian Katolik dan berbangsa kadazan.. Sehingga kini belum ada mana- mana pihak  yang datang menghulurkan bantuan/ samada daripada segi kewangan ataupun sumbangan tenaga untuk mengajar ilmu agama kepada beliau. Sudah enam tahun memeluk Agama Islam kerana perkahwinan, tetapi, sehingga kini tidak pandai solat dan tidak faham segala rukun dalam Islam.


2)     Nama: Seri Noorah Binti Abdullah
a.      Bangsa:  Orang Asal
b.      Alamat:   Pt. Hj Noor
c.       Pekerjaan:  tiada (suri rumah tangga)
d.      Pendapatan kasar (sebulan):   pendapatan suami RM1000
e.       Bilangan tanggungan: Tiga orang anak
f.        Bilangan anak: tiga orang ( lapan tahun, enam tahun, dan tiga tahun)
g.       Keperluan yang diperlukan:  pendidikan agama untuk anak-anak dan diri sendiri
h.      Asnaf zakat: muallaf dan Fi sabilillah
i.        Ulasan:  memerlukan bantuan perbelanjaan harian untuk pendidikan anak-anak, dan memerlukan bimbingan untuk mendalami Agama Islam.


3)     Nama : Radza Binti Yusuf
a.      Bangsa: Melayu
b.      Alamat: Pt Besar, Batu Pahat
c.       Pekerjaan: Tiada
d.      Pendapatan kasar (sebulan):  bantuan socso RM 900
e.      Bilangan tanggungan: Dua orang. Ibu, dan anak saudara
f.        Bilangan anak: tiada
g.      Keperluan yang diperlukan: memerlukan bantuan kewangan untuk kos rawatan kesihatan diri sendiri dan ibu yang sudah tua.
h.      Asnaf zakat: miskin
i.        Ulasan: merupakan OKU (Orang kelaianan upaya). Hilang penglihatan hampir 11 tahun disebabkan masalah kencing manis. Dalam masa yang sama, harus membela, menjaga serta menanggung ibunya yang sudah tua dan terlalu uzur, di samping menanggung seorang anak saudaranya yang masih bersekolah.

 Program ini akan diteruskan pada minggu hadapan iaitu pada tarikh 20 Julai 2013 bersamaan hari sabtu. Di harap agar dengan adanya program ini, dapat memberi tarbiyyah yang baik untuk diri sendiri dan setiap ahli Gerakan Ukhwah Ad-Darunnafis untuk lebih dekat  dengan Allah SWT, dan menginsafi diri di sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, insyaALLAH.

Gambar-gambar sepanjang program:





No comments:

Post a Comment